Friday, September 12, 2014

Posisi Imam dan Posisi Makmum ketika shalat berjamaah


Mungkin masih menjadi kebingungan, karena baru saja terjadi di ruang lingkup tempat saya bekerja. Dimana ada yang merasa ragu ketika kamu shalat berjamaah 2 orang wanita. Ada yang berkelit jika imam itu bagian kanan, tapi saya yakin dan merasa yakin jika wanita berdua itu posisi imam adalah kiri dan kanan adalah makmum jika berdua. Posisi imam kanan apabila imam kita adalah laki – laki.
Jadi untuk mencari bukti maka aku langsung aja googling.

Dan dapet info dari teman sesame blogger. http://hasnizulayusoff.blogspot.com

Kedudukan imam dan makmum ketika solat berjemaah hendaklah mengikut susunan yang betul. Susunan saf dalam solat berjemaah menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang mengambil berat tentang disiplin.

1. Apabila dalam satu jemaah itu hanya terdapat seorang imam bersama seorang makmum lelaki,hendaklah makmum tersebut berada di sebelah kanan imam tetapi sedikit ke belakang.


Abdullah bin Abbas r.a menceritakan :
       "Rasulullah berdiri dan mengerjakan solat lalu saya berdiri di sebelah kirinya. Baginda lantas memegang telinga saya dan mengalihkan saya ke sebelah kanannya".
                                                                                                              ( Muttafaq 'alaih )
Ini menunjukkan makmum lelaki yang bersendirian lebih afdal berada di sebelah kanan imam. Tetapi sekiranya berada di sebelah kiri, solatnya tetap sah tetapi makruh.

2. Apabila terdapat dua orang makmum atau lebih, hendaklah mereka berada di belakang imam semuanya. 


Ini berdasarkan laporan Jabir bin Abdullah r.a bahawa :
Maksudnya  :  " Saya datang kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah. Lalu Baginda                memegang tangan dan mengalihkan saya sehingga berada di posisi sebelah kanannya. Setelah itu, Jabbar bin Syakhr datang dan berwuduk kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah SAW. Lantas Baginda memegang tangan kami berdua dan mendorong kami sehingga kami berada di belakang Baginda.".
                                                   ( Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Musafir.
                                                          Bab solat Nabi dan doanya pada waktu malam )

3. Apabila seorang wanita menjadi makmum kepada seorang lelaki, dia hendaklah berada betul-betul di belakang imam tersebut.  Namun, ada pendapat yang mengatakan kedudukan makmum   wanita   di   bahagian kiri imam. Kedua-dua pendapat ini boleh digunakan.


Menurut Imam Ibn Abdul Barr, ulama berpendapat disunatkan seorang wanita hendaklan    bersolat di belakang seorang imam lelaki dalam satu barisan. 

4.  Apabila seorang makmum wanita atau sekumpulan wanita berjemaah bersama imam     lelaki dan sekumpulan makmum lelaki, mereka hendaklah berada di belakang saf makmum lelaki. 

Ini berdasarkan laporan Anas r.a yang menyebut :-
 Maksudnya : " Saya solat di rumah kami bersama dengan seorang anak yatim di belakang            Nabi SAW, sedangkan ibu saya dan Ummu Sulaim berada di belakang kami".
                                                              (  Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab
                                                                Azan : Bab seorang wanita berada dalam satu saf )


Tetapi sekiranya tidak ada jemaah lelaki melainkan seorang imam sahaja jemaah wanita hendaklah berada di belakang imam ini. Sekiranya dibimbangi fitnah apabila seorang lelaki mengimami jemaah wanita, perbuatan ini hendaklah ditegah.

5. Apabila seorang makmum bersolat bersama imam wanita, dia hendaklah berada di sebelah kanan terkebelakang sedikit daripada imam tersebut, sama seperti situasi seorang makmum lelaki dan imam lelaki.


6. Apabila seorang wanita bersolat jemaah dengan mengimamkan seorang wanita, dia hendaklah berada sejajar dengan barisan jemaah pertama dan berada di tengah-tengah mereka. 

Diriwayatkan Aishah r.ha berdiri di tengah-tengah barisan makmum wanita apabila mengimami mereka.
Maksudnya : " Daripada Hujairah binti Hushain telah berkata : Ummu Salamah telah mengimami kami dalam solat Asar dalam keadaan dia berdiri antara kami".
                                                  ( Riwayat Abdul Razak dalam kitabnya Al-Mushannaf )

Alasan mengapa imam wanita disunatkan berada di tengah saf jemaah adalah untuk menutup dirinya daripada pandangan orang lain. Ini kerana, perbuatan rukuk dan sujud misalnya menyebabkan lekuk pada tubuh wanita terzahir dan boleh menimbulkan fitnah.



Semoga menjadi bahan untuk kita belajar :)

No comments:

Post a Comment