Mungkin masih menjadi
kebingungan, karena baru saja terjadi di ruang lingkup tempat saya bekerja.
Dimana ada yang merasa ragu ketika kamu shalat berjamaah 2 orang wanita. Ada
yang berkelit jika imam itu bagian kanan, tapi saya yakin dan merasa yakin jika
wanita berdua itu posisi imam adalah kiri dan kanan adalah makmum jika berdua.
Posisi imam kanan apabila imam kita adalah laki – laki.
Jadi untuk mencari
bukti maka aku langsung aja googling.
Dan dapet info dari
teman sesame blogger. http://hasnizulayusoff.blogspot.com
Kedudukan imam dan
makmum ketika solat berjemaah hendaklah mengikut susunan yang betul. Susunan
saf dalam solat berjemaah menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama
yang mengambil berat tentang disiplin.
1. Apabila
dalam satu jemaah itu hanya terdapat seorang imam bersama seorang makmum lelaki,hendaklah
makmum tersebut berada di sebelah kanan imam tetapi sedikit ke belakang.
Abdullah bin Abbas r.a menceritakan :
"Rasulullah berdiri dan mengerjakan solat lalu saya berdiri di sebelah kirinya. Baginda lantas memegang telinga saya dan mengalihkan saya ke sebelah kanannya".
( Muttafaq 'alaih )
2. Apabila terdapat dua
orang makmum atau lebih, hendaklah mereka berada di belakang imam semuanya.
Ini berdasarkan laporan Jabir bin Abdullah r.a bahawa :
Maksudnya : " Saya datang kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah. Lalu Baginda memegang tangan dan mengalihkan saya sehingga berada di posisi sebelah kanannya. Setelah itu, Jabbar bin Syakhr datang dan berwuduk kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah SAW. Lantas Baginda memegang tangan kami berdua dan mendorong kami sehingga kami berada di belakang Baginda.".
( Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Musafir.
Bab solat Nabi dan doanya pada waktu malam )
3. Apabila seorang
wanita menjadi makmum kepada seorang lelaki, dia hendaklah berada betul-betul
di belakang imam tersebut. Namun, ada
pendapat yang mengatakan kedudukan makmum
wanita di bahagian kiri imam. Kedua-dua pendapat ini
boleh digunakan.
4. Apabila seorang makmum wanita atau sekumpulan
wanita berjemaah bersama imam lelaki
dan sekumpulan makmum lelaki, mereka hendaklah berada di belakang saf makmum
lelaki.
Ini berdasarkan laporan Anas r.a yang menyebut :-
Maksudnya : " Saya solat di rumah kami bersama dengan seorang anak yatim di belakang Nabi SAW, sedangkan ibu saya dan Ummu Sulaim berada di belakang kami".
( Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab
Azan : Bab seorang wanita berada dalam satu saf )
Tetapi sekiranya tidak
ada jemaah lelaki melainkan seorang imam sahaja jemaah wanita hendaklah berada
di belakang imam ini. Sekiranya dibimbangi fitnah apabila seorang lelaki
mengimami jemaah wanita, perbuatan ini hendaklah ditegah.
5. Apabila seorang
makmum bersolat bersama imam wanita, dia hendaklah berada di sebelah kanan
terkebelakang sedikit daripada imam tersebut, sama seperti situasi seorang
makmum lelaki dan imam lelaki.
6. Apabila seorang
wanita bersolat jemaah dengan mengimamkan seorang wanita, dia hendaklah berada
sejajar dengan barisan jemaah pertama dan berada di tengah-tengah mereka.
Diriwayatkan Aishah r.ha berdiri di tengah-tengah barisan makmum wanita apabila mengimami mereka.
Maksudnya : " Daripada Hujairah binti Hushain telah berkata : Ummu Salamah telah mengimami kami dalam solat Asar dalam keadaan dia berdiri antara kami".
( Riwayat Abdul Razak dalam kitabnya Al-Mushannaf )
Alasan mengapa imam
wanita disunatkan berada di tengah saf jemaah adalah untuk menutup dirinya
daripada pandangan orang lain. Ini kerana, perbuatan rukuk dan sujud misalnya
menyebabkan lekuk pada tubuh wanita terzahir dan boleh menimbulkan fitnah.
Semoga menjadi bahan untuk kita belajar :)
No comments:
Post a Comment